Thursday, January 2, 2020

TAMAYYUZ KAH KITA ?



Assalamualaikum wbt, pernah tak kadang kita terpikir, kenapa orang yang dulu time sekolah kita kenal dengan sifat solehnya. Tapi bila masuk universiti/politeknik atau dunia pekerjaan terus everything lost. Eh bukan kat maahad dulu dijaga rapi ke, dengan peraturannya yg ketat. Tak kan 5 tahun ditarbiyah kat asrama x dapat ubah hidup kita? Siapa yg biasa atau pernah tinggal kat asrama taulah camne diri kita sangat2 dijaga. Masbuq solat pun kena rotan (benda ni saya setuju), tido time baca mathurat kena berdiri atau kena spray dengan air, dengan couple nye takde, dating apatah lagi. Tapi pelik kan bila keluar medan tarbiah (habis kat maahad) terus hilang dari radar tarbiyah.

Adakah salah sistem pendidikan? Atau salah guru2 kat sekolah dulu? Sebenarnya punca utamanya adalah kita tidak tamayyuz. Eh apa tu tamayyuz? Tamayyuz ni dari segi bahasa maksudnya perbezaan. Mudah cerita misalnya seseorang yang memiliki sifat tamayyuz apabila dia berada di dalam satu kelompok masyarakat yang ramai, orang akan dapat melihat perbezaannya berbanding yang lain. Seperti dari sudut akhlaknya yang mulia menjadi satu daya tarikan yang menampilkan tamayyuz yang ada pada dirinya. So apa kena mengena dengan topik yang kita tengah bincang sekarang? Orang yang bersifat dengan tamayyuz ni tidak memilih kelompok untuk berakhlak dengan mulia. Bila kat sekolah atau kat mana2 sekalipun sentiasa tunjukkan akhlak terpuji.



Kalo di maahad je nmpk tinggi akhlak, tapi bila habis belajar terus lost dalam terbiyah, couple, ikhtilat tak dijaga, yang muslimatnya dulu berpurdah tapi kini dengan mudahnya mempamerkan wajah selfie welfie di media sosial, dahulu bicaranya dijaga tetapi kini carutan seperti zikir dibibir, dulu sentiasa hadir awal untuk solat tapi skarang solat di bilik je, yang lagi teruk solat hujung2 waktu….Itu tandanya kita TIDAK TAMAYYUZ. Kerana tidak istiqomah dalam mempamerkan akhlak tauladan yang mulia.

Tamayyuz membentuk mukmin yang bukannya Outside-In, tetapi Inside-Out. Apa pulak dah term ni… Mudah je nak faham :

Inside-Out : Kesedaran kerana Allah swt. Bukannya sebab environment dikeliling orang2 yang baik.
Outside-In : Kesedaran atas sebab environment. Bila takde environment yang dapat tarbiyah diri, terus lost.



Salah ke kalo tak tamayyuz? Salah ke kalo jadi orang yang Outside-in je. X salah tapi kita kena terima  hakikat bahawa takde sape yang dapat jamin bagaimana environment kita pada masa akan datang. Kalo hidup dengan orang Tarbiyah Alhamdulillah, kalo x? Sebab itulah pentingya kita hijrah daripada Outside-In kepada Inside-Out. Biar kita yang menjadi pulau tempat teduhan sahabat2 kita untuk dapatkan tarbiyah.
Dan kalau nak tau, sifat Tamayyuz ni SANGAT2 perlu dimiliki oleh seorang Daie (pendakwah)? Siapakah itu Daie? Ustaz dan ustazah jeke? Tidak, tetapi kita semua yang mengucap syahadah wajib berdakwah. Kalo kita tak mampu dakwah dengan lisan, bukankah melalui perbuatan juga adalah salah satu dakwah juga (dengan pamerkan akhlak terpuji). Mana tau satu hari roommate/housemate/classmate kita berubah jadi lebih bik sebab terikut dengan kita tanpa sedar, sapa tau kan.

Sebagai penutup, teruslah usaha untuk menjadi duta Islam. Kita yang muslim ni lah yang kena tunjuk Islam ni hebat. Kalo bukan kita nak tunjuk Islam yang sebenar, siapa lagi…Jumpa lagi dalam next post. Assalamualaikum.....




No comments:

Post a Comment