Tuesday, March 12, 2019

Hakikat Ad-Deen


Sedih hari ini meilhat masyarakat memandang agama Islam hanya dari satu perspektif. Mungkin ada antara kita sendiri pun tak sedar yang kita sebenarnya tergolong daripada gerombolan manusia seperti yang akan dinukilkan di sepanjang penulisan kali ini. Saya buka penulisan  dengan sebuah hadith yang  selalu  kita dengar. Hadith ke-2 dalam Kitab Hadith 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi,

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).  Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.           

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih

Pada pengakiran hadith ini disebut “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kepada kamu agama (ad-deen) kamu”. So tujuan utama Jibril datang kepada para sahabat adalah untuk mengajar tentang hakikat ad-deen yang Sebenar.



Pada awal hadith Jibril bertanyakan kepada Nabi 3 soalan iaitu berkenaan “Islam”, “Iman”, dan juga “Ihsan”:-

1)       Islam (Feqah)= Merupakan terletaknya rukun-rukun Islam. Merujuk kepada ilmu syariah atau berkenaan persoalan Feqah.

2)      Iman (Akidah)= Ia menyentuh berkenaan dengan rukun Iman yang 6. Merujuk kepada Akidah seseorang

3)      Ihsan (Akhlak) = Atau lebih kita kenal dengan perkataan Tasawwuf atau akhlak. Berkenaan dengan penyucian jiwa dan adab2.

3 perkara di atas merupakan tunjang utama dalam agama. Sepatutnya masyarakat melihat agama itu dari sudut ad-deen bukan hanya dari aspek Feqah semata !. Agama Islam bukan hanya perlu mengambil kira soal Feqah sahaja tetapi 2 aspek yang selebihnya ( Akidah dan Akhlak) juga perlu dambil kira. Perkara ni tidak sepatutnya kita pandang remeh kerana kesan memandang agama hanya pada satu sisi sangatlah besar.

Image result for gambar kartun islamik teekejut

Contoh mudah yang boleh bagi adalah, kita solat secara bersendirian secara acuh tak acuh di dalam rumah tanpa memakai baju, hanya pakai kain pelikat sekadar untuk tutup aurat sahaja. Nak cerita dari segi sah memang sah tapi macam ada somethong wrong yang tak kena. Hanya memandang Islam dari sudut Feqah sah solat semata lalu tidak memandang aspek khusyuk (iman) dan juga adab (akhlak). Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran,




Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-‘Ankabuut 29:46)

Solat sepatutnya dapat mencegah daripada keji dan munkar. Tapi kenapa kita solat tetapi masih lagi melakukan kemungkaran? Kerana ia hanya tinggal ritual yang tidak mendatangkan spiritual. Menghadiahkan bangkai yang tidak bernyawa di hadapan Allah. Hilang roh, tergadai khusyuk. Ibadah solat yang dikerjakan hanya sekadar ingin menepati Feqah lalu meninggalkan aspek iman (khusyuk) dan juga ihsan (akhlak). Ad-Deen perlu diambil kesemua 3 tunjang ini dengan tidak meninggal salah satu darinya. Masyarakat kita perlu diperkenalkan dengan ketiga2 tunjang ini bukan hanya bermain di satu tunjang sahaja.

Image result for pejuang islam

Kalau kita perhatikan kebanyakan masyarakat kita memandang enteng soal ini dan mengfokuskan hanya pada aspek Feqah sahaja. Bukan nak kata tak perlu pandang aspek Feqah, tetapi apa yang cuba saya sampaiakan adalah 3 tunjang ini perlu dipandang serius oleh masyarakat dan perlu dikerjakan sekali. Kalo tak akan munculnya golongan yang akan berusaha sedaya upaya untuk mencari dalil Feqah supaya mengharuskan perlakuan mereka yang sebenarnya didasari dengan nafsu semata.

Kesimpulannya, bukalah mata dan minda. Sebab itu tarbiyah sangat penting. Ia dirangka utk tanam ad-Deen ini secara seimbang dalam jiwa kita  Sekadar itu perkongsian saya, moga coretan yang pendek ini mampu untuk sama-sama kita muhasabah

Assalamualaikum wbt.....

Image result for emoji senyum

No comments:

Post a Comment