Thursday, February 21, 2019

Hanzalah Pemuda Beriman Bapanya Digelar Al-Fasiq


 Pada peringkat awal penulisan, suka saya untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan Sirah Nabi berdasarkan pembacaan saya melalui kitab “Al-Raheequl Makhtum” yang telah dikarang oleh Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri. Buku Sirah ini telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Sirah Nabi yang dianjurkan oleh Rabitah Alam Islam, Arab Saudi. Ia dipilih dari 170 buah yang dipertandingkan (84 Arab, 64 Bahasa Urdu, 21 Bahasa Inggeris, 1 Bahasa Perancis dan 1 Bahasa Hausa). Buku sirah ini yang pada asalnya berbahasa Arab telah diterjemahkan oleh Ustaz Darus Senawi ke dalam Bahasa Melayu. Mengapa saya memilih Sirah Nabi sebagai petikan blog pertama saya adalah kerana pada pendapat saya amat penting kepada seorang Muslim lebih-lebih lagi yang sedang berada di jalan dakwah untuk mengetahui Jalan Hidup tokoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Nasihat saya, lebih elok sekiranya kita perhatikan juga buku aslinya yang berbahasa Arab kerana ada perkataaan yang bila diterjemahkan jadi lain maknanya dalam Bahasa Melayu.


Hasil carian imej untuk pahlawan islam

            Di perang Uhud, antara pahlawan handalan Islam yang turut serta dalam peperangan tersebut ialah Hanzalah bin Abu Amir. Ia dikenali sebagai “Ghasil al-Mala’ikah” (mandian malaikat). Hanzalah ini adalah seorang pemuda yang baru sahaja berkahwin, ketika beliau mendengar seruan jihad terus beliau bingks bangun dari bersama isterinya yang baru dikahwininya itu. Semasa berada di medam pertempuran,  beliau terus meredah barisan tentera musyrikin hingga dapat bersemuka dengan pimpinan tertinggi tentera Makkah iaitu Abu Sufyan Bin Harb. Kalau tidak kerana Allah ingin mengurniakan kepadanya syahid, hamper-hampir beliau membunuh Abu Sufyan. Semasa beliau sudah pun mengatasi lawannya iaitu Abu Sufyan, tiba-tiba Syaddad bin al-Aswad memukulnya hingga beliau syahid.

            Setelah berakhirnya peperangan Uhud, tentera Muslimin tercari-cari jasad Hanzalah yang telah tergugur sebagai syahid, akhirnya mereka dapati sedang berada di suatu tempat berhampiran lelehan air yang menitis dari celah-celah batu. Perkara ini diceritakan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda  memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa belaiu telah dimandikan oleh Malaikat. Kemudian mereka bertanya kepada orang rumahnya mengapa peristiwa tersebut berlaku. Isteri Hanzalah pun menceritakan bahawa sebenarnya beliau telah keluar ke medan jihad sebelum sempat mandi wajib. Di sini Hanzalah dikenali sebagai syahid yang dimandikan oleh malaikat.

            Begitu hebatnya keimanan sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Hanzalah ini sehingga sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi untuk menyahut seruan Rasulullah. Walaupun ketika itu baru sahaja berkahwin dengan isterinya, segala yang indah di pandangan matanya menjadi kecil apabila dibandingkan dengan perintah Rasulullah s.a.w.

            Berbeza dengan kisah ayahnya iaitu Abu Amir seorang fasiq. Nama penuhnya ialah Abd Amru Bin Saifi, Rasulullah s.a.w sendiri yang menggelanya al-Fasiq. Sebelum peperangan Uhud tercetus, pihak Quraisy telah menghantar Abu Amir ini sebagai ejen untuk memecah belahkan umat Islam. Namun usaha Qurasy ingin melihat pecah bela umat Islam gagal. Abu Amir juga telah menggali lubang yang telah menyebabkan Rasulullah s.a.w terjatuh dan terseliuh. Lubang ini digali bagi tujuan memerangkap lawannya.

            Apabila kita memerhatikan kisah antara Hanzalah dan juga ayahnya iaitu Abu Amir al-Fasiq, kita dapat perhatikan bahawa sungguh berbeza karakternya. Memiliki seorang ayah yang memerangi Rasulullah tidak sekalipun menghalang Hanzalah bagi menjadi seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat hebat dan patuh sehingga dipilih sebagai syahid serta dimandikan jasadnya dimandikan dengan Malaikat.

            Zaman sekarang ramai yang bila masyarakat sekelilingnya mengajak ke arah kebaikan mereka memberi alasan….“Kau boleh lah background family semuanya ustaz dan ustazah, tak macam aku”, dan pelbagai lagi alasan yang direka-reka supaya tidak diajak kepada kebaikan. Walau background family tidak dapat membantu dalam mendidik agama dalam diri, tetapi kita kena ingat sedar bahawa setiap manusia mempunyai pilihan. Antara nak atau tak nak sahaja. Sirah Nabi telah membuktikan bahawa latar belakang keluarga tidak menghalang seseorang itu daripada mendapat tarbiyah. Banyak lagi para sahabat yang boleh dijadikan contoh seperti Saad Bin Abi Waqas dan Mus'ab Bin Umair, tetapi cukup di sini saya menceritakan kisah Hanzalah untuk dijadikan tauladan.
Hasil carian imej untuk orang baca quran

            Setiap manusia ada ujiannya masing-masing, ada yang Allah uji dengan keluarga yang jauh dari agama. Bagi keluarga yang memang dalam jalur agama juga ada dugaan yang Allah bagi pada dia. Setiap manusia tidak terlepas daripada ujian Allah. Allah berfirman dalam al-Quran :


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(surah al-‘Ankabut :2)

Setiap ujian yang Allah beri juga adalah berdasarkan apa yang kita mampu sahaja seperti dalam firmannya :


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
(Surah al-Baqarah :286)

            Kesimpulannya, semua orang mampu mencorakkan diri masing-masing. Keputusan berada di tangan kita bukan pada sekeliling. Faktor sekeliling tidak lebih hanya sekadar faktor yang boleh mempengaruhi keputusan yang kita akan buat. Sebab itu dalam berhijrah ke arah yang lebih baik perlunya bagi kita untuk mendampingi orang-orang soleh supaya diri kita sentiasa terpandu dan diingatkan selalu. Akhir kalam, buang persepsi yang menganggap bahawa Allah itu tidak Adil kerana melahirkan kita daripada jalur suasana agama yang berbeza. Setiap orang Allah uji dengan ujian yang berbeza.

Hasil carian imej untuk kartun rakan soleh

            Semoda perkongsian yang saya berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu diri kita supaya lebih dekat dengan penghayatan agama dan memberikan sedikit kesedaran dalam diri kita. Segala kekurangan amat dipohon kemaafan.

Hasil carian imej untuk kartun bersama orang soleh

 Sekian....

1 comment:

  1. https://khaidirkhaizuki.blogspot.com/2019/01/koleksi-ayat-al-quran-kegemaran-saya.html

    ReplyDelete