Friday, February 22, 2019

Tugasan Dakwah Milik Umat

Hasil carian imej untuk pejuang islam

Assalamualaikum wbt, kepada pembaca sekalian in Sya Allah dikesempatan ruang masa yang ada ini saya ingin berkongsikan tentang Dakwah. Jujurnya saya katakan sangat pelik apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Kita perhatikan setiap tahun ramai yang pergi belajar agama di Azhar Mesir, Jordan, Madinah, dan pelbagai lagi institusi pendidikan Islam di luar negara. Ratusan malah ribuan pelajar-pelajar Islam ‘graduate’ dan kembali semula ke tanah air. Tidak termasuk lagi orang yang belajar aliran agama di Unversiti tanah air. Tetapi sangat sedih, apabila angka ribuan itu hanya sekadar angka. Ke mana mereka selepas Allah memberikannya kefahaman dengan agama. Di mana silapnya sistem pendidikan sehingga perkara ini terjadi?


Hasil carian imej untuk kartun muslim berfikir

Realiti sekarang adalah wujudnya golongan agama yang menjadi ustaz hanya di sekolah, bila balik rumah larut menjadi masyarakat biasa. Hilang dakwah, hilang Amar makruf Nahi Munkar, hilang rasa risau pada Ummah yang sedang tenat sekarang.

Umat sedang kronik? Ya ikhwah sekalian…Saya seorang student di UTM dan ramai kenalan-kenalan yang mempunyai masa silam yang gelap. Ada satu kisah yang diceritakan oleh sahabat saya, dia pernah berkawan dengan seorang perempuan yang mempunyai seorang ayah penagih dadah, malah menjadikan anak-anak perempuannya sebagai tempat memuaskan hawa nafsu. Sangat sedih apabila hancurnya Baitul Muslim, yang menjadi mangsanya adalah anak-anak... Media massa kini pun tidak lekang daripada berita-berita tentang rosaknya ummah. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata “menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270”. Bererti setiap sehari hamilnya 11 orang anak luar nikah. Dan banyak lagi yang pembaca-pembaca boleh soroti keadaan umat kini.

So, adakah kita masih lagi boleh duduk bergoyang kaki tenang melihat umat yang semakin alpa dan tenat? Atau masih lagi tenang dengan Pubg serta ML sedang umat sedang merintih menyeru kita? Sampai bila kita ingin menjadi pemerhati rosaknya umat? Umat tidak akan berubah dengan ramainya pemerhati, gerakkanlah dengan amal. Berikhlaslah untuk umat, tanpa memandang habuan dunia.

Dakwah ini bukan pilihan tetapi tanggungjawab yang harus dipikul. Ia bukan hanya milik ulamak, ustaz ustazah, imam muda, pencetus ummah. Dan bukan juga hanya tanggungjawab NGO atau Persatuan Islam sahaja, tetapi ia milik setiap muslim. Setiap manusia ada logam (kelebihan) masing2. Gunakanlah ia kearah Islam.

Hasil carian imej untuk kartun dakwah

 Bercakap mengenai perjuangan, teringat saya akan kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Khabbab bin al-Aratt. Beliau ialah hamba kepada Ummu Anmar Binti Siba’ al-Khuza’iyah dan seorang tukang  besi. Setelah beliau memeluk Islam, dia disiksa oleh tuannya dengan besi. Dipanaskan besi  dan diletakkan di atas belakang dan kepalanya serta diminta supaya kufur kepada Nabi Muhammad s.a.w. Namun pendirian Islamnya tetap teguh melekat di jiwa beliau. Di masa yang lain pula pihak musyrikin menyiksanya dengan pelbagai cara penyiksaan. Sesekali direntap rambutnya sekuat-kuatnya, dipulas tengkoknya sehabis-habisnya, dibaringkan di atas bara api lalu ditariknya. Betapa peritnya gambaran penderitaan yang dialami oleh beliau sehinggakan  dalam Kitab Raheequl Makhtum menyebut “ hingga padam bara-bara api kerana lemak-lemaknya yang cair mengalir dari dagingnya ". Allahurabbi… Tak dapat kita nak bayang betapa sukarnya nak beramal dengan Islam ketika itu. Belum cerita lagi perihal sahabat yang bernama Abu Fukaihah yang diseksa sehingga pengsan, Amir Bin Fuhairah yang diseksa sehingga hilang ingatan. Sangat dahsyat mereka yang diseksa kerana mentauhidkan Allah ketika zaman Makkah.

Kita sekarang hanya perlu memlih sahaja, samada nak beramal untuk Islam atau lari meninggalkan tanggungjawab. Bukalah mata dan bangunlah dari tidur lena yang panjang. Ingatlah akan firman Allah :

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Surah al-Mukminun 23:115)

Janganlah kita meniru sepertimana orang kafir yang memandang agama ini sebagai barang yang boleh dibuat main dan sambi lewa,


"(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. "
(al-A'raaf 7:51)

Dan yang paling sangat ditakuti adalah kita tergolong dengan golongan diatas, tak dapat nak bayang bagaimanakah keadaan kita sekiranya Allah melupakan kita di akhirat kelak.

Kesimpulannya, beramallah untuk Islam. Berusahalah menjadi daie yang sentiasa teguh di jalan dakwah. Duri yang menghalang itu adalah norma dalam medan dakwah, Cukuplah-cukuplah memandang sesame muslim sebagai musuh hanya kerana perbezaan dalam manhaj. Jangan sampai orang agamawan sibuk bergaduh sehingga terabai masyarakat yang dahagakan tarbiyyah dan sentuhan dakwah. 

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membuka mata dan merangsang kita untuk sama-sama berfikir lebih lagi. Sekiranya ada pandangan atau pandangan boleh utarakan di ruangan komen.
  

Sedikit pantun yang saya terbaca di laman FB "al-Mutarabbi" :

Hasil carian imej untuk kartun buku

Kesian Ummah ini,
Kerana Daie memilih beramal ikut al-Hawa nya
Kesian ummah ini,
Kerana Daie berkira2 dalam memberi masanya.
Kesian Ummah ini,
Kerana daie menahan utk lebih bekerja (buat minimum)
Kesian Ummah ini,
Kerana Daie mencipta alasan.
Kesian Ummah ini,
Kerana Daie memilih tido Selepas subuhnya.
Kesian Ummah ini,
Kerana Daie memilih berehat dan tidur awal.
Kesian Ummah ini,
Kerana Daie sibukkan diri dgn makanan berlebihan, makanan mahal.
Kesian ummah ini,
Kerana Daie tidak bangun tajhud merintih bersungguh dalam doa malam nya.
Kesian Ummah ini,
Kerana Daie kerap futur & manja.
Kesian Ummah ini,
Kerana Daie sibukkan diri dgn kerja, berniaga & mula mngejar pointer & harta.


Sekian...

No comments:

Post a Comment