Thursday, January 2, 2020

TAMAYYUZ KAH KITA ?




Assalamualaikum wbt, pernah tak kadang kita terpikir, kenapa orang yang dulu time sekolah kita kenal dengan sifat solehnya. Tapi bila masuk universiti/politeknik atau dunia pekerjaan terus everything lost. Eh bukan kat maahad dulu dijaga rapi ke, dengan peraturannya yg ketat. Tak kan 5 tahun ditarbiyah kat asrama x dapat ubah hidup kita? Siapa yg biasa atau pernah tinggal kat asrama taulah camne diri kita sangat2 dijaga. Masbuq solat pun kena rotan (benda ni saya setuju), tido time baca mathurat kena berdiri atau kena spray dengan air, dengan couple nye takde, dating apatah lagi. Tapi pelik kan bila keluar medan tarbiah (habis kat maahad) terus hilang dari radar tarbiyah....Baca selanjutnya...

Tuesday, March 12, 2019

Hakikat Ad-Deen




Sedih hari ini meilhat masyarakat memandang agama Islam hanya dari satu perspektif. Mungkin ada antara kita sendiri pun tak sedar yang kita sebenarnya tergolong daripada gerombolan manusia seperti yang akan dinukilkan di sepanjang penulisan kali ini. Saya buka penulisan  dengan sebuah hadith yang  selalu  kita dengar. Hadith ke-2 dalam Kitab Hadith 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi...Baca Selanjutnya

Thursday, March 7, 2019

Dia Kekasih Allah



Assalamualaikum wbt ikhwah sekalian, baru-baru ni di UTM saya dijemput untuk memberikan sedikit perkongsian yang bertajuk “Dia Kekasih Allah”. Bagi saya tajuk ni amat sesuai untuk dikongsi bersama-sama sahabat-sahabat di Universiti dan juga kepada pembaca-pembaca blog ni. Sebelum kita pergi jauh tentang Rasulullah, Mengapakah kita kena cinta pada Nabi Muhammad S.A.W?
Kenapa Kena Cinta Nabi?
Ada beberapa sebab mengapa kita perlu letakkan cinta kepada Rasulullah SAW....Baca selanjutnya

Friday, February 22, 2019

Tugasan Dakwah Milik Umat



Hasil carian imej untuk pejuang islam

             Assalamualaikum wbt, kepada pembaca sekalian in Sya Allah dikesempatan ruang masa yang ada ini saya ingin berkongsikan tentang Dakwah. Jujurnya saya katakan sangat pelik apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Kita perhatikan setiap tahun ramai yang pergi belajar agama di Azhar Mesir, Jordan, Madinah, dan pelbagai lagi institusi pendidikan Islam di luar negara. Ratusan malah ribuan pelajar-pelajar Islam ‘graduate’ dan kembali semula ke tanah air. Tidak termasuk lagi orang yang belajar aliran agama di Unversiti tanah air. Tetapi sangat sedih, apabila angka ribuan itu hanya sekadar angka. Ke mana mereka selepas Allah memberikannya kefahaman dengan agama. Di mana silapnya sistem pendidikan sehingga perkara ini terjadi?...Baca seterusnya

Thursday, February 21, 2019

Hanzalah Pemuda Beriman Bapanya Digelar Al-Fasiq



Pada peringkat awal penulisan, suka saya untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan Sirah Nabi berdasarkan pembacaan saya melalui kitab “Al-Raheequl Makhtum” yang telah dikarang oleh Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri. Buku Sirah ini telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Sirah Nabi yang dianjurkan oleh Rabitah Alam Islam, Arab Saudi. Ia dipilih dari 170 buah yang dipertandingkan (84 Arab, 64 Bahasa Urdu, 21 Bahasa Inggeris, 1 Bahasa Perancis dan 1 Bahasa Hausa). Buku sirah ini yang pada asalnya berbahasa Arab telah diterjemahkan oleh Ustaz Darus Senawi ke dalam Bahasa Melayu. Mengapa saya memilih Sirah Nabi sebagai petikan blog pertama saya adalah kerana pada pendapat saya amat penting kepada seorang Muslim lebih-lebih lagi yang sedang berada di jalan dakwah untuk mengetahui Jalan Hidup tokoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Nasihat saya, lebih elok sekiranya kita perhatikan juga buku aslinya yang berbahasa Arab kerana ada perkataaan yang bila diterjemahkan jadi lain maknanya dalam Bahasa Melayu....Baca seterusnya